Story from L's

Bila aku mula membebel...

Hye mommies sume...
:)

Ingat tak haritu aku ada cerita pasal pengalaman pergi check up kat klinik bersalin Perdana Maternity Specialist? Ala, yang aku kena marah sebab berat naik banyak sangat tu??
Refer sini.

Aku bukan nak membebel lagi pasal kisah tu. Sumpah menyampah bila ingat balik sebab sekarang aku terpaksa mencatu pemakanan aku. Bayangkan tengahari tadi aku cuma makan roti dan buah-buahan je? Punya la jaga bab pemakanan sekarang. Bunyi macam terpaksa kan?  

Well, bukan itu yang aku nak cerita sebenarnya. Actually, masa kami pergi check-up tu, kami dikenakan charge sebanyak RM102 untuk check up haritu disertakan dengan sejenis ubat. Kami macam terpinga-pinga la kejap kan sebab terkejut fees dia mahal macam tu. Sebab kami rasa kami takdela sampai print2 gambar 3D yang nampak muka baby bagai sume. Pastu rasanya doctor consultation pun takdela mahal sangat kan since klinik tu dipunyai oleh doktor tu sendiri. Jadi, kami assume ubat yang aku dapat tu berharga RM50++ gitu. 

Sampai kat rumah, aku belek-belek kotak ubat tu. Neurogain PB, itulah nama ubat tersebut. Macam banyak pula kan pil-pil yang nak ditelan. Ditambah pula dengan ubat yang baru aku dapat ni. Nasib baiklah aku sempat bertanya dengan misi kat kaunter klinik tu tentang cara pemakanan ubat tu. Misi tu pesan supaya makan sebiji sehari selepas makan dan ubat tu dibenarkan untuk consume bersama-sama dengan ubat yang KK kasi setiap kali check-up bulanan tu. Hubby siap ingatkan aku suruh makan ubat tu since kami dah bayar mahal untuk ubat tu.

Nak tak nak haruslah aku patuh cakap suami kan? 
Dan alhamdulillah, aku tak tinggal makan ubat ni sekali dengan pil kalsium sebiji sebelum tidur.
:)

Entah macam mana, tetiba aku tergerak hati dan gigih google pasal Neurogain ni. Sebab semalam aku ada terbaca tentang Evening Primrose Oil yang bagus dimakan untuk memudahkan proses bersalin. Dan aku ingat Neurogain ni sama jenis la macam Evening Primrose Oil ni.

Ternyata telahan aku salah! 

Sebenarnya, Neurogain PB ni adalah supplemen untuk IQ baby yang mana merangsang pertumbuhan minda baby sebab mengandungi Omega-3 DHA.. Which is bagus dan sangat recommended kepada semua ibu-ibu hamil dan ibu yang menyusukan anak.

Ni antara fakta untuk ibu hamil.
Pada 3 bulan terakhir kehamilan, penting untuk ibu mengandung mendapatkan omega-3 asid lemak perlu yang mencukupi. 70% sel otak fetus dibentuk pada waktu ini. Fetus mendapat omega-3 DHA dari ibu melalui plasenta. Jika ibu tidak mendapat DHA mencukupi, perkembangan bayi dalam kandungan mungkin akan terjejas dan mengakibatkan IQ rendah dan lemah penglihatan. 
*untuk info lanjut mengenai apa iti Neurogain PB, bley refer website ini [website]*

 Woho. Baguskan? Walaupun aku rasa macam dah terlambat sebab aku baru je consume ubat ni since baby 33 weeks but better late than never, right?

Kalau nak baca review-review lain, bley klik kat tiga blog di bawah ni yang sangat-sangat recommend supplemen ni.
[blog] [blog] [blog]

Belum cuba belum tahu kan? Manalah tahu dengan sedikit usaha kita sejak hamil akan mendatangkan hasil yang lumayan di kemudian hari, kan?
:)








About Me

My Photo
:26 years old: :10 June: :Johorian: :163cm: :50kg: :pink&purple: :white&black: :arsenal: :YMISK: :cute: :adorable: :hyperactive: :becok:

~~E Day~~

~~E Day~~

~~Cinta Hati~~

~~Cinta Hati~~

More details??

lyn_af@yahoo.com
http://www.facebook.com/lonelyna
http://youthtopya.tumblr.com/
http://www.formspring.com/lonelyna

Any Inquiries?

~Friendship Award~

Labels

Blog Archive

Sape usha blog??

Powered by Blogger.