Story from L's

Bila aku mula membebel...

Hye bakal-bakal ibu dan readers sekalian...

Semalam, aku ke klinik kesihatan untuk check up minggu ke-35. Kalau aku, aku lebih suka pergi check up pukul 2 petang berbanding 8 pagi sebab lepas check-up, bley la aku balik rumah ibu. Kira aku ni amek cuti setengah hari la setiap  kali check-up

Selama ni, aku rasa cepat je waktu check up ni. Tunggu tak lama, pukul 2 tepat kompem nombor giliran dah kena panggil. Tapi semalam serius ramai sangat orang, tunggu pun jenuh. Sampai aku tertidur! Lepas tu panggil nombor pun terabur. Aku punya la datang awal nak ambil nombor awal sekali je pegi panggil nombor yang datang selepas aku. Tahan je la geram.

Bila nombor dah kena panggil, pergi tempat timbang. Letak harapan tinggi pada mesin penimbang tu agar tak hit berat yang tak munasabah. Dah la aku dalam usaha diet neh. Sekali naik penimbang, bila nurse sebut 63.9 kilo rasa lega je. Naik 0.4 kilo je dalam masa 2 minggu? Ini sudah bagus. Memang itu targetnya. Kira berkesan jugala program diet aku. Pffftttt~

Alhamdulillah, perkara-perkara lain pun takde masalah. Misi pun takde banyak cerita. Cuma masa misi letak doppler kat perut, baby aku bley lak tendang perut aku! Misi tu pun terperanjat. Baby aku marah agaknya sebab kacau dia tidur. Hihi.

Ahhhh...tak lama je lagi...pejam celik pejam celik tinggal 5 minggu je lagi. Bini sepupu aku yang due dekat-dekat dengan aku pun dah bersalin pagi tadi. Dapat tarikh istimewa, 29 Februari. Jimat la celebrate birthday anak 4 tahun sekali...:p

Last but not least, ni aku tepek wajah baby kesayangan aku masa 29 weeks++. Scan kat Perdana Maternity Specialist tempohari.


Kiut je...Rasanya ikut muka sapa? :p Dan apa yang korang nampak kat gambar sebelah tu?:D
P/s: Petang ni nak gi Mummy & Baby Fair kat KSL CITY...Kalau ternampak tu tegur-tegur la ye...:)

4 potpet:

macamane awak diet ek...??sy tak reti nak diet..kalau nak diet sangat sampai ley gastrik kekadang...kalau makan lak tak reti nak makan sikit2..memanjang jer timbang naik 3 kg walaupon baru 2 minggu..!! hurrmm..

alahai...bibir macam angelina jolie hihi semoga selamat semuanya

@aty: sekarang memang hubby saya pantau habis-habis apa yang saya makan...pagi saya takat makan kuih je..tak pun roti...tengahari memang tak makan nasi...saya makan mihun goreng...pastu malam baru makan nasi..tapi portion sket je. jangan tambah berpinggan-pinggan pula ye...:)

@anonymous: hihi...comey kan? ameennn...thanx...:)








About Me

My Photo
:26 years old: :10 June: :Johorian: :163cm: :50kg: :pink&purple: :white&black: :arsenal: :YMISK: :cute: :adorable: :hyperactive: :becok:

~~E Day~~

~~E Day~~

~~Cinta Hati~~

~~Cinta Hati~~

More details??

lyn_af@yahoo.com
http://www.facebook.com/lonelyna
http://youthtopya.tumblr.com/
http://www.formspring.com/lonelyna

Any Inquiries?

~Friendship Award~

Labels

Blog Archive

Sape usha blog??

Powered by Blogger.