Story from L's

Bila aku mula membebel...

Hye mommies semua:)

Semalam aku ada check up routine. Macam biasa la kalo dah masuk trimester yang ketiga, dah mula cek 2 minggu sekali. Kali ni, Medical Officer (MO) yang check up aku. Well, so far takde pape masalah. Denyutan jantung baby ok. Everything ok. Takde masalah. Cuma satu je. Dalam masa 2 minggu, aku naik 1.5 kilo! Aku tak tahu la orang lain macam mana, tapi pada aku memang banyak. Dan setakat ni aku dah mengumpul hampir 15 kilo sejak aku hamil. Waaa....memang kena pantang betul-betul lepas bersalin nanti...:(

Natijahnya, aku kena minum air gula semalam. Buat kali ketiga, hokey?? Muka pasrah je masa teguk air gula tu. Kepala senoneng jangan cakap la. Memang redha je. Tu la...padan muka aku. Tapi kan, ibu aku cakap...

 Nak makan apa, makan je. Tak payah pantang sangat.

Bila aku ngadu kat ibu pasal minum air gula, ibu cakap zaman dia takde pun minum air bagai semua. Takpela. Redha je. Demi kebaikan aku dan baby aku juga.

Dan semalam juga, misi bley tak jumpa urat tangan aku. Sampai kena cucuk dua kali baru darah nak keluar. Waaa...macam nak nangis pun ada. Tapi aku tahan juga. Yela, tu belum beranak lagi aku dah gembeng *baca: mengada* semacam. Beranak lagi la sakit.

Baby aku sekarang ni adalah tersangat aktif. Bz benar menendang perut mamanya ni. Perut aku ni dah la jenis nipis. Jadi, bley la nampak pergerakan baby yang berombak-ombak kat atas perot aku. Ofismate aku semua excited bila tengok sendiri macam mana aktifnya baby aku ni. Masa aku menaip ni pun dia masih gerak-gerak lagi walaupun jam dah menunjukkan kol 10 malam. Tapi itu adalah lebih baik daripada baby tak gerak langsung. Kompem la mamanya ni akan lebih risau.

Tak lama je lagi. Pejam celik tinggal 9 minggu je lagi. Bukan tak sabar. Tapi rasa macam banyak lagi yang tak ready. Memang beli barang paling basic sekali. Beli baju pun tak sampai 10 helai. Set bersalin tak beli lagi. Bengkung pun takde. Nak bersalin kat mana pun aku tak decide lagi. Ni kan pula breast pump, katil baby, stroller dan car seat, lagi la takde. Senang kata, aku memang sempoi habis la. Tapi tu tak bermakna aku tak ready apa-apa. Aku lebih menumpukan kepada persediaan mental untuk menempuh hari bersejarah tu nanti. Tanya sana sini macam mana pengalaman orang bersalin. Bagi aku, yang penting adalah keselamatan baby aku masa delivery nanti.

9 weeks to go! Can't wait to meet my baby!
:)

3 potpet:

tak lama dah tu. pejam celik, kejap jer 9 weeks abes. gudluck tau!

tenkiu!!! doakan tau:)

insyaAllah..aminnnn.. :)








About Me

My Photo
:26 years old: :10 June: :Johorian: :163cm: :50kg: :pink&purple: :white&black: :arsenal: :YMISK: :cute: :adorable: :hyperactive: :becok:

~~E Day~~

~~E Day~~

~~Cinta Hati~~

~~Cinta Hati~~

More details??

lyn_af@yahoo.com
http://www.facebook.com/lonelyna
http://youthtopya.tumblr.com/
http://www.formspring.com/lonelyna

Any Inquiries?

~Friendship Award~

Labels

Blog Archive

Sape usha blog??

Powered by Blogger.